Friday, 15 November 2013

Jadi KAYA seperti Rasulullah.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


terfikir pula pasal khutbah jumaat tadi.
jadi saya ingin ceritakan kembali apa yang disampaikan.
apa yang ditulis ini tak meluputi semua yg disampaikan.
sebab khutbahnya panjang dan ada beberapa yg sy tak pasti,
jadi sy tak ingin memberi apa yg sy sendiri tak pasti kesahihan nya.
sy mulakan ye? bismillah.
orang yang beriman perlu KAYA,
 sebab apa perlu kaya??
ramai yg beranggapan harta dan kekayaan itu hanyalah dunia semata-mata.
ANDA SALAH!
Nabi Muhammad S.A.W seorang yang amat kaya..
sekali lagi persoalan td. kenapa perlu kaya?
 jika orang yang beriman itu kaya bagaimanakah caranya dia menggunakan kekayaan nya?
 pastinya kearah perkara yang diredhai Allah.
 tetapi bagaimana pula jika orang tidak beriman yang mempunyai kekayaan?
contohnya yg ustaz tu beri. orang kaya itu membeli ikan yg harganya beribu, letak dikolam di laman rumahnya. kolam tu ada jambatan bg org melihat ikan itu, dan ikan itu ada doktor khas untuk menjaga nya takut sakit dan elakkan ikan itu mati.
adakah perkara itu memberi manfaat? mungkin hnya sekadar menjaga binatang. iaitu seekor ikan. itu antara cara diorang nak guna duit yg banyak yg diorg miliki.
sering kita lupa atau mungkin tak tahu
 sunnah nabi yg paling utama adalah berniaga,
 ustaz tu kata  ramai yg beranggapan nabi tak berniaga, hanya jaga kambing je.
 ini satu pendustaan kepada nabi kita Muhammad S.A.W.
 Rasulullah telah mula berniaga dari usia yang muda (maaf lupa usia mula berniaga sendiri) 
dngan berniaga kain sebab pada waktu itu perniagaan kain amat menguntungkan kerana harga dan mendapat permintaan yang tinggi.
 Rasulullah juga berniaga menggunakan cara LELONG. ye secara lelong
contohnya Rasullah bertanya "adakah sesiapa yg ingin membeli kain ini dengan harga 1 dirham" kemudian jika ada yg kata "ya"
 Rasulullah akan tanya lagi "adakah sesiapa yg ingin membeli kain ini dngan 2 dirham?" jika ada yg jawab "ya" kain itu akan dijual kepada yg membeli dngan dua dirham,
jika tiada yg jawab "ya" kain akan dijual kepada yg ingin membeli dengan satu dirham td.
MENGAPA guna cara LELONG?
 cara Lelong ini amat menguntungkan
 dan tidak menindas sesiapa dan menerapkan konsep redha kepada sesiapa yg membelinya.
 kemudian Rasulullah bekerja dengan Siti Khadijah sebagai rakan kongsi. 
Siti Khadijah memberikan modal dan Rasulullah pergi menjualnya. 
baginda berniaga sehingga umur 35 tahun 
Rasulullah telah berjaya mendapat keuntungan yang bnyak,
 mempunyai kekayaan dan harta lalu Rasulullah bersara.
KAYA MUDA DAN BERSARA MUDA.
jika digabungkan kekayaan seluruh negara islam,
Gross domestic product (GDP) hnya bernilai 1 trillion
1 trillion ini sama dngan GDP Perancis sahaja.
bagaimana dengan Amerika Syarikat? 12 Trillion.
nmpak tak lemahnya ekonomi umat islam?
itu sahaja perkongsian stakat ini.
ini yg mampu sy ulang, atau btol2 ingat.

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
jika terdapat kekurangan, sy memohon maaf.
trima kasih meluangkan masa untuk membaca.
semoga ilmu ini dapat kita kongsi bersama.
dan kita juga yang mendpat manfaatnya.
insyaAllah kita boleh berubah menjadi lebih baik.
amiinn~

Wassalam trima kasih. :D

1 comment:

Atif Farhah said...

bergunanya info ini .. thanks share wth kami bloggers .. cara rasulullah ? bgus cdangan tuuuu ...