Sunday 30 December 2012

sambungan.. selepas operation~ :)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..

alhamdulilah dan bersyukur lah kita setiap masa
 dengan nikmat yg diberikan kepada kita..
okay, jadi ni nak sambung la cter yg lama..
trasa nak menulis plak..
kisahnya bermula selepas operation..
fuhh~ x dpt digambarkan..
bagaimana sakitnya selepas sedar dari operation yg lama..
5 jam operation..
sakitnya sungguh tak tertahan..
nurse kena bg ubat tahan sakit tepat mengikut masa..
walaupun tak sampai lg masa..
sy dah terasa sakit gler..
tiba je time nurse pon cucuk ubat tahan sakit.. 
selepas lbh kurang 5-10 minit baru okay..
kesan ubat tahan sakit tu jgak..
sy termuntah 2 kali..
kali pertama x sempat bkak plastik..
jd terkena la baju dan selimut..
akhirnya kena jgak cucuk ubat tahan muntah..
fuhh.. okay ckup psal ubat..
seterusnya selepas dpt kebenaran kluar hospital.. 
yeaayy! ! 
seronok bagai.. jd kena blajar pkai tongkat..
sekian lama asyik duduk dan baring atas katil je..
bila turun katil dan berdiri..
diri baru 2-3 minit
mula rasa nak pitam..
terus duduk dulu balik.. 
serius berpeluh..
kaki mmg rasa kebas..
rasa nya itu je la..
selepas dpt balik rumah..
sy pon kena la cuba bengkok kan kaki sedikit demi sedikit..
sakit tu mmg sakit.. tp sbab nak cpat sembuh..
tahan je laa..
skrg ni dah boleh jlan tanpa tongkat..
dan boleh duduk bersila jgak.. :)
alhamdulilah dah mkin ok skrg walau ada jgak sakit sikit2..
trima kasih baca kisah ini.. :)

SEKIAN.. JUMPA LAGI.. WASSALAM. :D

Wednesday 31 October 2012

DUGAAN.. KEMALANGAN DI JALAN RAYA :O

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

fuhh~ ~ sekian lama x menulis di blog ni..
dah 3 bulan lebih ku tinggalkan..
almaklum lah terlalu sibuk..
cuti pon x lama..
dan klo balik mmg tak sangat nak duduk rumah je..

tapi sekarang....
lg banyak baring dari berjalan sini sana..
sbab kemalangan pada 07/10/2012..
dah hari ke 25 selepas accident..
dan hari ke 20 selepas OPERATION..
haaa~ mest tertanya knapa operation kan?
sebabnya ialah... lihat gambar dibawah..
mcam mana?
ada rasa gerun tngok ni?
tu la sbab operation.. 
nak masukkan besi kerana tulang peha kiriku patah..
ataupun left femur..

okay.. kembali ke hari accident..
cuaca ok.. tak la panas sangat..
time tu kira2 pukul 5:15:40 petang..
selepas je tol.. ada la satu selekoh ni..
bila ku lalu je dah rasa motor semakin ketengah jalan..
lalu ku brek la skit..
tak ku perasan jalan di situ berminyak..
lalu ku terjatuh dan motor mlanggar pembhgi jalan..
aku terseret sedikit..
tngok tangan luka skit.. 
seluar koyak kat lutut kiri..
mcam ok je la..
aku pon berdiri dengan pegang pmbahgi jalan tu..
pijak kaki kanan ok..
tp bila pijak guna kaki kiri dah rasa nak jatuh..
terasa tulang dah bergerak sedikit..
jadi aku pon dah tahu la tulang patah time tu..
aku pon tahan kereta yg lalu.. 
dan nasib baik ada yg sudi nak bantu..
kira2 20 minit ambulans pon sampai..
membawa ku ke hospital sg.buloh..

kalau ada yg nak tanya aku sakit ke tak accident..
jawapannya:
bayangkan lah sendiri sakitnya mcam mna.. 
tak dapat nak bgtau dngan perkataan..

ikuti kisah seterusnya..
iaitu semasa di HOSPITAL SG.BULOH..

sekian sahaja untuk kali ini..
WASSALAM. :)

Thursday 5 July 2012

MAN BRAIN VS WOMAN BRAIN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..

post kali ni full english ok..
harap boleh faham.. :D
boleh la korang tahu kelebihan & kekurangan masing2..

emphasize your strenght, downsize your weakness..
that how messi become world best player..

Human Brain Analysis - Man vs. Woman......
 
1. MULTI-TASKING

 
Women - Multiple process
Womens brains designed to concentrate multiple task at a time.
Women can Watch a TV and Talk over phone and cook.
Men - Single Process
Mens brains designed to concentrate only one work at a time. Men can not watch TV and talk over the phone at the same time. they stop the TV while Talking. They can either watch TV or talk over the phone or cook.

2. LANGUAGE
Women can easily learn many languages. But can not find solutions to problems. Men can not easily learn languages, they can easily solve problems. That's why in average a 3 years old girl has three times higher vocabulary than a 3 yeard old boy.

3. ANALYTICAL SKILLS
Mens brains has a lot of space for handling the analytical process. They can analyze and find the solution for a process and design a map of a building easily. But If a complex map is viewed by women, they can not understand it. Women can not understand the details of a map easily, For them it is just a dump of lines on a paper.

4. CAR DRIVING.

While driving a car, mans analytical spaces are used in his brain. He can drive a car fastly. If he sees an object at long distance, immediately his brain classifies the object (bus or van or car) direction and speed of the object and he drives accordingly. Where woman take a long time to recognize the object direction/ speed. Mans single process mind stops the audio in the car (if any), then concentrates only on driving. 
5. LYING
When men lie to women face to face, they get caught easily. Womans super natural brain observes facial expression 70%, body language 20% and words coming from the mouth 10%. Mens brain does not have this. Women easily lie to men face to face.
So guys, do not lie face to face. 

6. PROBLEMS SOLVING
If a man have a lot of problems, his brain clearly classifies the problems and puts them in individual rooms in the brain and then finds the solution one by one. You can see many guys looking at the sky for a long time. If a woman has a lot of problems, her brain can not classify the problems. she wants some one to hear that. After telling everything to a person she goes happily to bed. She does not worry about the problems being solved or not.

7. WHAT THEY WANT
Men want status, success, solutions, big process, etc... But Women want relationship, friends, family, etc...

8. UNHAPPINESS
If women are unhappy with their relations, they can not concentrate on their work. If men are unhappy with their work, they can not concentrate on the relations.

9. SPEECH
Women use indirect language in speech. But Men use direct language. 


10. HANDLING EMOTION
Women talk a lot without thinking. Men act a lot without thinking.

THAT'S ALL I WANT TO WRITE.. WASSALAM.. :D

Wednesday 4 July 2012

PaDi ohh PaDi~~

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..

berpandukan tajuk diatas..
sudah tentu lah post ini berkaitan padi..
nasi merupakan makanan ruji rakyat malaysia..
hampir semuanya mkan nasi..
dan nasi itu asal nya dari beras..
dan beras berasal dari padi..
secara kasarnya begitu lah yg boleh dikatakan..
sy sengaja menyelitkan info2 ini..haha..

pada hari selasa yg lepas..
bersamaan 03/07/2012..
kami group 1 & 2.
telah ke ladang bersepadu..
tujuan nya sudah terang lg bersuluh..
adalah untuk MENANAM PADI..
sebenarnya bukan hanya menanam..
tp mengambil benih padi di tapak semaian..
begini la benih padi dibiarkan sebelum dipindahkan.

kemudian memindahkan benih ke tapak baru..
dimana disusun elok didalam baris..
 semuanya trun ke sawah..
jadi xde sape yg ambikkan gmbr gne phone sy..
nant bru masukkan.. haha
selepas bnyak jgak ambik benih padi ni..
kami pon pindah kan ke tapak sebenar..
dengan menggunakan tali untuk pastikan lurus..
(ada jgak yg x lurus.. hahaha)
semua buat satu barisan menegak..
seorang dptlah tanam 3-5 baris secara melintang..
siap satu baris secara menegak.
kami undur ke belakang untuk baris seterusnya..
begitulah sehingga 12 baris siap..
fuuhh~~ penat jgak bongkok ni..
nmpak mudah..
 tp cuba try test turun tanam sendiri bru tau..

OTW balik.. singgah beli makanan dulu.. ada NASI.. hehe

pengalaman mengajarku..
erti penat lelah petani..
mencari sesuap nasi..
mengerjakan sesuatu demi rezeki yg halal..
kini ku lebih memahami..
kini ku lebih menghargai..
hidup ini tidak mudah...
sebenarnya tiada apa yg mudah..
terpulang pada diri untuk memilih..
menilai sesuatu..
semoga kita menjadi manusia yg lebih baik..
insyaallah..

SEKIAN SAHAJA UNTUK KALI INI.. WASSALAM..  =D

Sunday 1 July 2012

RaMaDhAn SemAkiN HaMPiR~

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..
tanpa kita sedari..
waktu yg berlalu begitu pantas..
ramadhan hampir tiba..
kita seharusnya bergembira..
berdoa diri ini..
dpt lg ku bertemu dengan ramadhan tahun ini..
di dlam surah al-baqarah ayat 183-186
jelas menyatakan mengenai puasa..

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)
(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (184)
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (186)

 hayatilah maksud ayat ini...
fahamilah ia..
perkongsian ini hanyalah sedikit..
moga ilmu ini diberkati.. 
aminn~~


SEKIAN SAHAJA UNTUK KALI INI.. WASSALAM.. :D

Monday 18 June 2012

PiLihAn~~

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..



kali ni tertiba fikir tajuk ni..
rasanya ramai yg masih buntu membuat pilihan..
namun.. tanpa kita sedari...
setiap saat itu kita sentiasa membuat pilihan..
cuba anda renung2 kan...
setiap pilihan yg anda lakukan..
setiap hari, setiap masa tanpa anda sedar..
biar sy memberikan contoh..
mula dari pagi..
tidakkan kita diberi pilihan selepas sedar..
untuk terus bangon atau sambung tidur?
untuk bergerak atau tidak?
jika bergerak nak gerak kaki mana?
sebenar nya semua berlaku tanpa kita sedar...
dapatkah anda fahami bagaimana otak kita sentiasa membuat pilihan..
hebatnya ciptaan ALLAH S.W.T.

namun, pilihan di dunia bkan semudah itu..
masih bnyak perkara harus kita pilih..
pelbagai jalan harus kita tempuhi..
semoga jalan yg kita pilih sentiasa diredhai..


sekian sahaja.. wassalam.. :D

Monday 28 May 2012

PeRpiSaHan SeLaManYa~ :(

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.. :(



alangkah indahnya jika dapat kembali ke waktu ini..
keluarga yg lengkap ahli nya..
rindu nya waktu ku bersama arwah nenek ku..
ZIZAH BT SAERAH
hilang tempat ku bermanja kecil2 dahulu..
tempat ku mengadu..
tempat ku berkongsi kesakitan...
namun masa itu telah berlalu..
nenek ku telah menghembuskan nafasnya yg terakhir..
27 mei 2012 
tarikh yg tidak akan ku lupa..

terlalu bnyak perkara manis bersama nenek ku..
beliau seorang yg amat penyayang..
sentiasa mengambil berat keadaan cucu2 nya..
beliau juga tidak ingin menyusahkan anak2 nya..
jika nenek ingin kan sesuatu..
beliau tak kan bgtau mak atau ayah..
tp apabila cucunya bertanya..
barulah nenek akan bgtau apa yg diinginkan..

setiap kali bersama nenek..
aq akan berasa tenang..
jika aq ketakutan tidur di bilik belakang sorang2..
bilik nenek la aq akan masuk..
aq akan tidur atas katil bersama nenek..
nenek akan usap2 kepala ku..
sehingga lah ku lena..
kadang2 terasa sejuk tngan nya..

nenek tidak suka duduk diam..
jika berada dlm rumah di perak..
pasti dia akan bergerak..
walaupun tidak nmpak..
tp nenek sudah menghafal selok belok rumah...
nenek pasti ingt dimana brg diletakkan..
nenek jgak boleh menjemur pakaian..
walaupun bnyak kali diminta untuk tak buat..
tp sikap nenek tetap nak buat jgak..
jiran2 ada menegur..
"hebat nenek jemur pakaian, cantik tersusun walaupun tak nmpak, kalah org celik menjemur pakaian"
aq hanya tersenyum kerana nenek ku memang hebat..
disaat ku terasa amat malas..
bila ku ingt pesan nenek...
hilang terus kemalasan ku..
kata2 nya:-
"jai blajar rajin2 ye.. jngan menyusahkan mak dan ayah.. mak dan ayah penat bekerja.. ingat pesan nenek ni.. nenek tak lama lagi dkat dunia ni.. umur pun dah lebih dari RASULLAH S.A.W. jaga diri ye jai"
kali terakhir ku berjumpanya ketika masih bernafas..
iaitu di kampung.. paroi n.9
waktu itu hnya hujung minggu..
terasa sangat nak balik jumpa nenek..
sebelum pulang ke UPM..
ku pegang tangan nya..
terasa sejuk..
ku kucup tngan dan kedua belah pipi nya..
ku kata:
"doakan jai berjaya ye nenek.. jai sayang nenek"
"blajar rajin2 ye jai" pesan nenek
tidak ku sangka itu kali terakhir..
ku bercakap dengan nenek..
malam sebelum nenek meninggal..
ku bermimpi memandu kereta..
tidak ku pasti arah tujuan.. tp petanda memikirkan ke perak..
teringin sngt balik..
pagi itu aq terjga awal..
tidur semula selepas subuh..
tak ada rsa nak blajar..
tiba2 dlm pkol 8 panggilan telefon dari kakak ku..
memberitahu nenek dah tiada sambil menangis..
luruh perasaan ku.. 
terasa lemah badan ku..
ku ambik wuduk dan solat hajat..
menangisku ketika sujud yg terakhir..
meminta kesempatan ku pulang ke perak..
tabahkan lah hatiku ini..
mimpiku memang benar2 berlaku.. :(
aq pulang bersama abg dan saudara menaiki kereta..
selamat aq sempat sampai di masjid kampung sitiawan sebelum zuhur..
sesudah zuhur..
van jenazah tiba di masjid..
jenazah nenek ku dibawa masuk..
kemudian solat jenazah..
sekali lg air mataku mengalir..
ketika meng"AMIN" kan doa..
tidak dpt ku tahan air mata ku dari jatuh..
selesai sahaja.. jenazah di bawa ke tanah perkuburan..
ku membantu bawa ke van jenazah..
kemudian aq juga bantu mengangkat nenek masuk ke liang lahad..
disambut penggali kubur ,ayah dan abg ku..
setelah ditutup dengan papan..
aq kedalam liang lahad untuk menahan tanah..
ku rata kan elok2 tanah..
setelah itu ku tolong cangkul tanah..
suasana hiba dan sedih terasa..
doa dibaca..

tiada yg dpt menggantikan kasih sayang nenek buat cucunya,
muhammad hafizal bin hamidon
jai akan sentiasa ingt pesan nenek..
INSYAALLAH kita jumpa di syurga.. AMIN~
SEMOGA ROHNYA TENANG DAN DICUCURI RAHMAT..

SENTIASA DLAM INGATAN DARI..
HAMIDON BIN JAMLI 
RAMLAH BINTI ZAKARIAH
MUHAMMAD HAMDAN
SITI NUR HAMIZAH
SITI NUR HANISAH
MUHAMMAD HAFIZAL

WASSALAM..

Saturday 26 May 2012

KaYuHaN ke PuTrAjAyA woahh~~

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..

sebelum kita mula..
baiklah kita bersyukur..
kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas...
ALHAMDULILAH..

okay.. kali ni kisah adventure skit..
event nya "KAYUHAN BIRU" untuk :-
kayuhan ni bermula dari MAEPS dkt UPM serdang..
kat sini kami dapat:-
- t-shirt biru(aq ambik dua sbab satu tu ada kecacatan skit)
- makanan skit(air mineral+roti+epal+gula2)
-voucher RM10 je..
-nombor (for cabutan)
sehingga ke PUTRAJAYA dataran berhampiran bngunan sumber asli klo tak silap..
ni gambar2 sepanjang perjalanan smpai ke tempat kumpul..
sorry klo ada gmbar cacat(ada jari) sbab ambik time kayuh basikal.. :D




org dlam gmbr atas ni aq panggil abg akmal..
 dia lah ketua group berbasikal UPM..


kami gerak rasanya tepat pkol 2..
cuaca agak panas..
fuhhh~~ bnyak menyumpah jgak la.. haha
selain itu diorg pilih jlan jauh..
lg la nak kutuk terutama abg akmal.. hahaha
perg sna hampir 15km tu..
sampai dlam pkol 3 ptg..
rehat2,solat zuhur,makan&minum..
then ketibaan PERDANA MENTERI..
Y.A.B DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK.


 gambar atas ni je yg jelas nmpak.. :D


aq dapat salam ngan perdana menteri malaysia..
yeahhh!!!
beliau sekejap je hadir kat situ.. 
then perg mana aq tak tau.. hehe


next gmbr ni untuk SYA..
bnyak motor besar kat situ.. pergghh.. :D




selepas tu.. kitaorg pon gerak perg ke masjid besi..
mlas nak tunggu cabutan bertuah..
ada group yg dah grak awal skit..
selepas solat asar and rehat2..
baru la kitaorg gerak balik UPM..


otw ke masjid besi..



semasa di masjid besi..






then kami pon gerak balik..
time nak gerak tu ada dua org lmbat..
kami pon mcam tepuk la buat havoc..
tertibe rmai kat situ support plak..
bising gler la.. 
ngan org wooahh~~ n mcam2 bunyi lg..
plus bunyi AIR HORN..
mcam VIP nak gerak plak..
ramai pandang konvoi kitaorg...
hahahaha.. best gler time ni.. 
menyelit melepasi kesesakan jlan raya..
ada skali tu potong krete PORSCHE.. hahaha
dah la tu cerita.. ni gambar2 back to UPM..
 dataran masjid putrajaya..


 matahari terbenam..
 pagar jabatan perdana menteri ni..






 basikal yg aq bawak..
nmpak buruk tp best bawak.. jngan main2.. :D





 aq ambik gmbr ni sbab roomate aq IM..
weyhh.. nant kau blajar kat sini la IM.. :D









at last tiba semula di UPM..
perjalanan pulang lg dekat.. dlam 10-11 km..
tipu la klo kata tak penat..
memang penat tp okay la.. have fun all the time cycling.. :D
FIRST TIME BE A BIKER IN A LONG JOURNEY..
okay.. itu sahaja untuk kali ni..
nak rest and study plak..
hahaha 


SEKIAN SAHAJA.. WASSALAM.. :D