Wednesday, 25 September 2013

Jangan Pernah Jemu. :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah
bersyukurlah kita masih bernafas hingga hari ni. :)
dah lama sebenarnya tak post
"last published on 29-jan-2013"
nampak tak brape lama tak post nye tu?

berkaitan tajuk kali ini..
kita pernah tak nasihatkan org?
atau
pernah tak ada org nasihatkan kita?
pernah tak kita kata mcam ni:-
"kau ni, nasihat org pandai tapi diri sendiri tak reti buat"
"cakap je lebih, ko ingat ko ustaz/ustazah ke nak nasihat org?"
"poyo la ko"
"malas aku nak dengar nasihat dia ni, bukan ada faedah"

dan macam-macam lg kata-kata.
yang membuatkan kita susah terima nasihat.
susah untuk kita terima teguran org lain.

jom hayati maksud surah al-fatihah yg kita baca 17 kali sehari semalam.
maksudnya 17 kali kita mohon pada Allah.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

cuba kita lihat apa yg kita baca.
kata-kata itu satu doa.
jadi setiap kali kita solat kita berdoa kepada Allah S.W.T.
kita berbicara kepada Allah S.W.T.
kita minta Allah tunjukkan jalan yg lurus
adakah Allah akan terus tunjukkan kepada kita?
adakah tiba-tiba kita terbayang cara kehidupan yg baik?
atau kita dpat mimpi?
Allah menghantrkan orang disekeliling kita,
orang yg selalu nasihatkan kita,
orang yg slalu tegur kita,
supaya kita sedar kita buat kesilapan,
jadi mengapa kita susah terima nasihat dan teguran?
memang syaitan itu berbisik kepada kita.
tp kalau kita ikut bisikannya.
salah siapa? salah syaitan? fikirkan lah.

Saya juga sering melakukan kesilapan, sy juga sering alpa, marilah kita saling ingt mengingati, tegur menegur antara satu sama lain. JANGAN PERNAH JEMU, semoga kita dapat memperbaiki diri. menjadi penyampai agama Allah S.W.T InsyaAllah, aminn.

Wassalam :)